Ikuti Kami:

“Dah 18 Tahun..” – Daesung Imbau Memori Ketika BIGBANG Masih 5 Ahli

“Dah 18 Tahun..” – Daesung Imbau Memori Ketika BIGBANG Masih 5 Ahli

Mesti ramai yang rindukan BIGBANG kan?

Dalam saluran “KBS K-Pop”, Daesung telah muncul sebagai tetamu “Lee Mu-jin’s Service” dan bercerita mengenai kehidupannya kini selain turut mengimbau kenangan BIGBANG.

Pada awalnya, lelaki itu telah berkongsi mengenai pengalaman merakam lagu trot ‘Look At Gwi-sun’ hingga menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu. Jelas Dae-sung, dia mendapat inspirasi itu selepas menyertai rancangan dating “Zoom In Date” bersama ahli BIGBANG lain,

Ada seorang wanita bernama Gwi-sun dan kami berlima perlu memenangi hatinya. Secara kebetulan, saya dan G-Dragon tersingkir dahulu. Siapa yang terkeluar perlu menonton rakaman tiga yang lain dalam bas. G-Dragon kemudian membuat lawak dan menyanyi ‘Lihatlah saya, Gwi-sun’ dan saya terus merakam lagu berkenaan selepas itu di studio.

daesung

Lelaki itu yang kembali dengan lagu solo terbaru “Falling Slowly” turut meluahkan ucapan terima kasih tak terhingga,

BIGBANG.. dah 18 tahun sekarang. Apabila tahu peminat masih ada peminat yang ingat lagu kami dan mahu kami pulang adalah satu kegembiraan buat mana-mana penyanyi. Memang sangat bersyukur.

Ramai rindu BIGBANG tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...