Mesti ramai yang tengah layan drama “The Haunted Palace” sekarang kan?
Diterajui Yook Sung-jae dan Bona, “The Haunted Palace” adalah drama komedi bersejarah yang mengisahkan tentang roh yang menyimpan dendam terhadap raja, bomoh wanita yang menentangnya dan satu makhluk yang mampu berubah menjadi naga apabila memperoleh permata ajaib.
Dalam satu temu bual bersama majalah Cosmopolitan, Kim Ji-yeon meluahkan perasaannya dapat berlakon bersama Yook Sung-jae, yang juga merupakan kawannya selama 16 tahun kini.
Luah wanita itu,
Pada mulanya, saya agak bimbang sama ada saya akan dapat menyelami emosi sepenuhnya dengan rakan saya ini. Tetapi selepas rakaman pertama, saya rasa begitu selesa. Saya secara santai dapat tanya dia di set “Saya ok tak tadi?”.
Akui Sung-jae juga,
Itulah sebab saya rasa selesa juga. Saya rasa keselesaan itu mungkin mewujudkan sinergi lakonan antara kami.
Sementara itu, “The Haunted Palace” bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Sabtu menerusi Netflix.
Haa best tak korang drama ni?