Ikuti Kami:

“Dada Dah Tak Sekata” – ‘Hidayah’ Kongsi Insiden Payudara Pecah Ketika Bersenam

“Dada Dah Tak Sekata” – ‘Hidayah’ Kongsi Insiden Payudara Pecah Ketika Bersenam

Pelawak Lee Se-young yang terkenal dalam kalangan orang Malaysia dengan watak ‘Hidayah’ berkongsi mengenai kesukaran melalui pembedahan plastik.

Dalam sebuah video di saluran YouTube miliknya, wanita tersebut bercerita tentang ‘filler’ payudara miliknya yang pecah kerana terlanggar pemberat ketika di gimnasium,

Ia sangat sakit. Saya fikir saya okay saja, tetapi filler di payudara kiri saya, di mana saya menjalani prosedur, pecah. Jika ia pecah sekaligus, saya akan perasan dengan segera, tetapi kerana ia koyak secara beransur-ansur, saya tidak menyedarinya.

Tambahnya, kesakitan itu berlarutan hingga payudaranya berubah bentuk,

Tetapi suatu hari, saya perasan kawasan payudara saya menjadi panas dan tertanya-tanya sama ada saya perlu berjumpa doktor. Kemudian, apabila saya melihat cermin, saya perasan bahagian belakang saya membesar dan payudara saya kelihatan tak sekata. Keadaan menjadi sangat buruk dalam beberapa hari. Filler itu merebak sehingga ke belakang saya.

lee seyoung

Prosedur membetulkan semula kerosakan itu, walaupun menyakitkan, berjalan lancar dan sekitar 98% daripada pengisi itu telah dikeluarkan.

Lee Se Young berkata dia “tidak dapat melakukan apa-apa selama sebulan atau dua.” Dia juga telah menjalani prosedur untuk mengeluarkan pengisi di payudara kanannya, dengan kos sedikit kurang daripada 10 juta won (RM31,000) secara keseluruhan.

Pun begitu, pelawak berkenaan menekankan bahawa prosedur itu bukan sesuatu yang buruk namun semua orang perlu melakukan penyelidikan mendalam sebelum melakukannya.

Berani ya siapa yang sanggup lakukan pembedahan plastik macam ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...