Pastinya ramai yang ingin tahu mengenai kisah disebalik tabir ketika perkahwinan Park Shin-hye dan Choi Tae-joon kan?

Terbaru, Lee Hong-ki dari FT ISLAND telah berkongsi cerita mengenai sesi nyanyian tahniah olehnya dan D.O. EXO ketika majlis tersebut menerusi “Radio Star”.
Katanya, dia jarang berasa gelisah sebelum melakukan apa-apa persembahan namun dia berasa gementar yang tak terkata ketika menyanyi di hadapan pasangan itu.
Saya sebenarnya ke sana bersama ibu saya kerana dia berkawan rapat dengan ibu Park Shin-hye dan Choi Tae-joon (dari ketika kami aktif sebagai pelakon kanak-kanak).
Jelasnya lagi, lagu yang dinyanyikan merupakan OST untuk drama “The Heirs” lakonan Park Shin-hye iaitu “I’m Saying”. Selalunya tidak memanaskan suara ketika membuat persembahan di progra muzik namun Lee Hong-ki mengakui bahawa dia melakukannya sebelum menyanyi pada ketika itu.
Sebab ada ramai selebriti di situ. Terasa seperti berada di majlis anugerah.
Lee Hong-ki turut mendedahkan bahawa D.O. EXO yang akan membuat persembahan selepasnya turut kelihatan gugup,
Nasib tak baik, saya merupakan penyanyi pertama. Tapi beruntung, kerana penyanyi kedua ialah Kyung-soo (D.O. EXO).. dan semasa saya mahu mula menyanyi, saya melihat ke belakang dan ternampak dia menggigil gementar. Saya berasa lega melihatnya dan mencuba sebaik mungkin untuk menyanyi dengan baik.
Tapi dua-dua memang perform habis!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.