Betul lah orang kata lelaki Melayu punya ketampanan ini diperakui oleh wanita seantero dunia termasuk di Korea.

Baru-baru ini, Malaysia dan Korea Selatan telah bertempur untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2024. Sungguh tidak dijangka apabila pasukan Harimau Malaya menunjukkan belang dan menjaringkan 3 gol sekaligus menduduki jumlah yang sama dengan negara K-Pop itu.
Meskipun seri namun ia sebenarnya satu tamparan hebat buat pasukan Korea Selatan kerana berjaya disaingi oleh pasukan yang berada di ranking yang agak bawah berbanding mereka.
[사진] 말레이시아 키퍼 골키퍼 시한 하즈미 (Syihan Hazmi) 아시안컵 2023 pic.twitter.com/CAyPzzMdQ0
— 🏍Sis Noor👠C’est Nour (@NorphGun) January 25, 2024
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian ialan apabila rata-rata peminat wanita Korea Selatan dilihat membanjiri Syihan Hazmi, iaitu penjaga gol Malaysia dengan pujian melambung di Twitter. Kata mereka,
Penjaga gol Malaysia serius hebat!
Dia sangat cute, maka saya pun setuju!
Hebat betul dia tangkap bola.
Penjaga gol Malaysia nampak bersemangat, berkemahiran pulak tu.
Comel sangat lah penjaga gol Malaysia.
Gitu penangan Syihan Hazmi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.