Tak pasal-pasal nama Zico turut disebut sekali mengenai isu berkaitan mendiang Goo Ha-ra.
Baru-baru ini, program SBS “Unanswered Questions” telah mendedahkan tentang info lanjut mengenai kematian mendiang Goo Ha-ra dan juga rompakan yang berlaku di rumah selepas kematiannya.
Menurut laporan, perompak yang dipercayai berusia lewat 20 atau 30-an itu disyaki telah mencuri peti besi yang menyimpan barangan lama Goo Ha-ra termasuklah telefon bimbitnya.
Melihat komposit wajah perompak yang dilakar oleh pihak berkuasa, ramai yang mendakwa bahawa lelaki itu adalah Zico tambahan pula, dia disyaki pernah terpalit dalam kes ‘Burning Sun’ sebelum ini.
Selepas makin banyak khabar angin tersebar, agensi Zico tampil bersuara dan menafikan tentang dakwaan yang dibuat,
Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa khabar angin baru-baru ini mengenai artis kami adalah palsu dan fitnah, dan kami juga akan mengambil tindakan undang-undang.
Jangan main tuduh-tuduh guys..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.