Han So-hee ni bila je tak cantik!
Baru-baru ini, Han So-hee muncul di lapangan terbang Incheon International Airport untuk berangkat ke London untuk menghadiri “The Fashion Awards 2022”.
Acara pertunjukan fesyen tersebut yang bertempat di The Royal Albert Hall, merupakan acara yang bakal meraikan individu yang cemerlang dalam bidang fesyen dan juga jenama fesyen mewah antarabangsa British, “Charlotte Tilbury”.
Han So-hee bakal tampil ke acara tersebut kerana dia kini merupakan model rasmi bagi jenama mewah itu.
Rata-rata dalam kalangan peminat amat teruja melihat pelakon itu yang berpakaian serba hitam menuju ke lapangan terbang.
han sohee turns every airport departure into a movie pic.twitter.com/lql0Dw1W64
— junkie (@yusoxee) December 4, 2022
“Saya ingin melihat diri saya sepanjang masa di cermin kalau saya ada visual sebegitu.”
“Dia sangat cantik!”
“Saya tidak percaya dia sebahagian daripada realiti ini.”
“Dia boleh digelar ‘winter human’.”
Cantik weh Han So-hee!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.