Ikuti Kami:

Curi Lagu & Maklumat Peribadi, Penerbit Muzik Terkenal Dipenjara Dek Menyamar Jadi Ahli BTS

Curi Lagu & Maklumat Peribadi, Penerbit Muzik Terkenal Dipenjara Dek Menyamar Jadi Ahli BTS

Seorang lelaki yang berusia lingkungan 20-an telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara kerana menyamar menjadi ahli BTS.

Terbaru, mahkamah daerah Seoul telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun keatas seorang individu yang menyamar sebagai ahli BTS.

Terlebih dahulu, lelaki tersebut telah menyamar sebagai Suga dan V BTS untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan maklumat peribadi seperti tarikh keluaran album solo ahli BTS serta tarikh mereka tamat latihan ketenteraan.

Malah, individu tersebut turut mencuri lebih dari 10 fail muzik panduan milik ahli-ahli BTS melalui penerbit lain.

suga-v

Disebabkan ini, lelaki tersebut telah didakwa diatas kesalahan mencuri butiran lagu yang dikeluarkan, maklumat peribadi dan juga jadual peribadi ahli BTS.

Motif utama jenayah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan populariti dengan menyamar sebagai komposer yang berjaya dengan menggunakan maklumat yang telah dikumpul.

Sementara itu, media mengesahkan bahawa lelaki tersebut merupakan seorang penerbit lagu terkenal yang sebelum ini pernah bekerja dengan kumpulan idola K-Pop terkenal.

Dah kenapa nak curi hasil kerja orang ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...