Ikuti Kami:

Cuba Cari Anak Diculik, Drama Thriller ‘A Superior Day’ Bermula Dengan Rating Baik

Cuba Cari Anak Diculik, Drama Thriller ‘A Superior Day’ Bermula Dengan Rating Baik

Siapa yang dah menonton drama terbaru OCN “A Superior Day”?

Sinopsis

Diadaptasi daripada webtoon, ianya membawa kisah thriller di mana seorang lelaki mempunyai masa 24 jam untuk mencari pembunuh bersiri yang tinggal di sebelah rumahnya bagi menyelamatkan anak perempuan yang diculik.

Awal mendebarkan

[Amaran SPOILER]

Kehidupan Lee Ho-cheol (Jin Goo), seorang ahli bomba berubah apabila dia menjadi saksi kejadian pembunuhan terkenal ‘Rich Girl’. Dek trauma dengan insiden berkenaan, dia mengongkong anak perempuannya, Lee Soo-ah kerana risau sekiranya ada apa-apa akan menimpa mereka.

ocn a superior day

Malang tidak berbau apabila anak kesayangan itu hilang daripada depan mata dan lelaki itu diminta agar mencari dalang sebenar di sebalik pembunuh ‘Rich Girl’. Jika tidak, nyawa anaknya akan menjadi taruhan.

Rating baik

OCN sememangnya terkenal dengan naskhah thriller, bahkan rata-rata dramanya sebelum ini meraih perhatian ramai. Malah “A Superior Day” juga dilihat akan mengikut jejak langkah itu nanti.

ocn a superior day

Hanya ditayangkan satu episod seminggu, drama ini berjaya mencatat rating baik iaitu 3.1% untuk episod pertamanya. Dalam pada itu, lakonan ketiga-tiga watak utamanya iaitu Jin Goo, Ha Do-kwon dan Lee Won-geun menerima pujian ramai.

Korang kena layan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...