Ikuti Kami:

“Cuba Bayangkan Kalau..” – Asyik Berlakon Genre Aksi, Son Sukku Dedah Ingin Cuba Bawa Watak Ini

“Cuba Bayangkan Kalau..” – Asyik Berlakon Genre Aksi, Son Sukku Dedah Ingin Cuba Bawa Watak Ini

Son Suk-ku telah mendedahkan keinginan untuk berlakon dalam drama romantik dan melodrama.

Baru-baru ini, Son Suk-ku telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “Salon Drip 2”. Di mana, dia telah menyuarakan keinginannya untuk membawa genre melodrama.

Katanya,

Saya sebenarnya dah lama teringin nak berlakon dalam cerita melodrama atau romantik. Tapi, ianya sukar untuk didapati. Malah saya juga pernah pergi minta skrip sendiri.

Tambahnya,

Bayangkan kalau saya pegang watak sebagai generasi ketiga keluarga chaebol atau pengarah yang sedang menyembunyikan identitinya yang sebenar. Mesti seronok kan!

Tidak berhenti di situ, Son Suk-ku turut menarik perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa Jang Do-yeon memiliki ciri-ciri gadis idamannya.

Kata pelakon “A Killer Paradox” itu,

Saya suka dekat gadis yang periang, ceria dan kelakar. Persis seperti Jang Do-yeon.

Teringin juga nak tengok Son Suk-ku bawa watak chaebol!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...