Ikuti Kami:

Coret Surat Buat Peminat, Chen EXO Sah Sertai Latihan Khidmat Ketenteraan Pada 26 Oktober Ini

Coret Surat Buat Peminat, Chen EXO Sah Sertai Latihan Khidmat Ketenteraan Pada 26 Oktober Ini

Selepas Xiumin, D.O dan Suho, akhirnya Chen pula menjadi ahli EXO seterusnya yang bakal menyertai latihan khidmat ketenteraan wajib tak lama lagi.

Pada pagi 16 Oktober, lelaki itu telah berkongsi satu coretan khas buat peminat menerusi aplikasi LSYN di mana dia mengumumkan mengenai berita sedih tersebut. Katanya, dia akan memulakan latihannya pada 26 Oktober nanti.

Hello, saya Chen. Adakah semua baik sahaja kini kerana terdapat banyak perbezaan suhu seharian? Musim panas telah berlalu dan kini tiba musim luruh. Sebab saya menulis surat ini adalah untuk menyampaikan bahawa saya bakal menyertai latihan ketenteraan pada 26 Oktober nanti.

Saya akan melakukan yang terbaik untuk menonjolkan diri yang lebih baik semasa perkhidmatan saya, jadi saya harap anda semua terus kekal cantik dan sihat seperti sekarang! Saya sentiasa berterima kasih dan menyayangi awak.

Baru sahaja meriliskan lagu single baru bertajuk “Hello” kelmarin, peminat EXO nyata meluahkan rasa sedih dengan berita ini. Tidak sangka masa kini berlalu dengan cepat sehingga hampir separuh daripada EXO sudah dipanggil untuk berbakti kepada negara.

Semoga Chen berkhidmat dengan cemerlang dan bakal kembali dengan selamatnya nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...