Ada tak yang pernah menonton drama Korea “Temptation Of Wive” yang pernah tayang pada 2008?
Meraih rating melebihi 30% semasa tayangannya, drama ini membawa kisah Ku Eun-jae yang disangkakan mati selepas percubaan bunuh oleh suaminya sendiri. Walau bagaimanapun, lelaki itu, Jung Kyo-bin dan selingkuhan yang merupakan rakan baik mendiang isterinya itu terpempan apabila mereka berjumpa dengan seorang wanita yang mempunyai iras wajah Ku Eun-jae namun dengan personaliti berbeza.
Selepas diadaptasi ke China, Filipina, Indonesia dan Turki, akhirnya drama berkenaan bakal diremake di Malaysia tak lama lagi.
Menerusi perkongsian Nad Zainal di laman TikTok miliknya, penonton meluahkan rasa teruja melihat sedutan pendek drama “Dendam Seorang Isteri”. Bukan sahaja pelakon hebat itu, malah ia turut diterajui oleh Fasha Sandha, Wan Raja dan Aidit Noh.
@nad.zainal♬ original sound – Nad Zainal
Kata penonton,
Harap ‘Dendam Seorang Isteri’ jauh lebih best dari version asal punya. Tak sabar nak tengok Malaysia punye version pulak.
I tak pernah tgk mana2 versi pun..so kita layan versi Malaysia la.
Apo rambut palsu Fasha macam tu?
Confirm drama ni akan meletop dan trending!
Wow, mesti best, sbb mmg follow drama asalnya dulu dari awal sampai habis.
Uishh vibe macam ‘The Penthouse’ ni.
Weyhhh best citer ni!! Versi Korea sangat la sedih!! Tak sabar nak tengok.
Ianya bakal memulakan tayangan pada 21 Mac di Astro PRIMA pada jam 6 petang, setiap Isnin ke Jumaat.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.