Ikuti Kami:

“Comelnya Dia!” – Rupa Anak Perempuan Rain & Kim Taehee Dikhabarkan Seiras Ibunya

“Comelnya Dia!” – Rupa Anak Perempuan Rain & Kim Taehee Dikhabarkan Seiras Ibunya

Pasangan selebriti Korea iaitu Rain dan Kim Tae-hee sememangnya menjadi kegilaan ramai bukan sahaja di negara tersebut bahkan terdapat peminat daripada luar negara juga yang menyokong mereka. Sama padan dan sama popular, ternyata mereka saling melengkapkan satu sama lain.

Selepas kedua mereka mengikat perhubungan sehingga ke jinjang pelamin pada tahun 2017, pasangan ini dikurniakan pula dengan dua cahaya mata perempuan yang berusia 3 tahun dan juga setahun kini. Bahagia betul pasangan ini!

anak perempuan ikut muka kim taehee

Menerusi program “How Do You Play” baru-baru ini, Rain telah mendedahkan gambar anak perempuannya kepada Lee Hyo-ri yang juga merupakan rakan baiknya dalam industri seni sejak lama dahulu.

Nampak betul penyanyi itu bangga dengan anaknya apabila dia menunjukkan gambar yang disimpan di dalam telefon bimbitnya kepada wanita itu. Sedikit sedih apabila gambar tersebut hanya dapat dilihat oleh Lee Hyo-ri dan masih disimpan rapi daripada penonton namun kenyataan penyanyi wanita tersebut nyata membuatkan ramai yang teruja.

Comelnya dia! Dahinya yang cembung membuatkan dia kelihatan seperti Kim Tae-hee.

anak perempuan ikut muka kim taehee

Daripada kenyataan itu dapat dipastikan bahawa anak perempuan pasangan popular tersebut mengikut rupa ibunya dan pastinya ramai yang menjangka bahawa kedua-dua anak Rain dan Kim Tae-hee pasti akan membesar cantik seperti pelakon tersebut.

Rasanya kita belum tentu dapat lihat wajah kedua anak mereka sebab selebriti Korea biasanya tak mahu mendedahkan kehidupan peribadi. Ini kerana mereka mahukan anak-anak dibesarkan tanpa bebanan dan perhatian daripada orang ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...