Ikuti Kami:

“Comelnya..” – Buat Pelbagai Gaya, Layanan Lisa BLACKPINK Terhadap Peminat Di Acara Bulgari Dipuji

“Comelnya..” – Buat Pelbagai Gaya, Layanan Lisa BLACKPINK Terhadap Peminat Di Acara Bulgari Dipuji

Layanan Lisa terhadap peminat di acara Bulgari telah dipuji ramai.

Pada 14 Mac yang lalu, Lisa BLACKPINK telah menghadiri acara Bulgari di Seoul, dan ianya turut dihadiri oleh barisan selebriti terkenal dari seluruh dunia.

Malah, beberapa orang peminat BLACKPINK yang hadir di acara itu turut berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan Lisa.

Di mana, satu video telah dihantar di media sosial, menunjukkan ahli BLACKPINK itu berinteraksi dengan peminat ketika acara itu sedang berlangsung.

Meskipun Lisa kelihatan sibuk, dia masih lagi cuba untuk menjadikan setiap detik istimewa untuk peminat yang hadir dengan melakukan pelbagai gaya di hadapan mereka.

Ahli BLACKPINK itu juga turut berjalan di sekitar bilik tersebut supaya setiap peminat yang hadir dapat berinteraksi dengannya.

Meskipun perkara ini dilihat sebagai perkara biasa, rata-rata peminat di media sosial telah memuji ahli BLACKPINK tersebut serta menyatakan bahawa layanan yang diberikannya telah menunjukkan betapa sayangnya Lisa kepada peminat-peminatnya.

Bertuahnya dekat siapa yang hadir tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...