Pada bulan lepas, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita percintaan antara Lee Jae-wook dan Karina aespa.

Terbaru, Karina telah berkongsi beberapa foto percutiannya di Bangkok beserta mesej,
Bangkok, saya sangat sukakan awak.
Menerusi foto yang dimuat naik, wanita itu dilihat memakai cermin mata hitam dengan bingkai putih, menarik perhatian ramai.
Hal ini kerana, Lee Jae-wook juga pernah memuat naik fotonya dengan memakai cermin mata hitam yang sama, menimbulkan spekulasi bahawa ianya adalah couple item antara pasangan itu.
Komen netizen,
Mereka berdua ada taste yang bagus dalam fesyen.
Comelnya~
Semoga mereka sentiasa berbahagia.
Alolo~