Siap sedia semua untuk kemunculan semula G-Dragon tak lama lagi!
Pada 2 Oktober, wakil dari “You Quiz on the Block” mengumumkan bahawa G-Dragon akan mengambil bahagian dalam rakaman untuk program itu hari ini.
Tambahan, episod yang menampilkan penyanyi itu akan disiarkan pada bulan Oktober nanti.
Untuk pengetahuan, ini merupakan penampilan pertama G-Dragon dalam rancangan hiburan selepas sekian lama dan dia dijangka akan membuat comeback sebagai penyanyi solo selepas 7 tahun hiatus.
Sementara itu, “You Quiz on the Block” disiarkan pada setiap hari Rabu.
Nantikan!