Setelah lama menyepi dalam dunia lakonan, Kim Hyun-joong akhirnya akan membuat comeback!
Terbaru, syarikat produksi mengumumkan bahawa Kim Hyun-joong akan membintangi drama Jepun-Korea “Time Without Her”, ditayangkan pada November ini.
“The Time Without Her” akan mengisahkan tentang Eun-tae, seorang lelaki yang kehilangan isteri tercintanya akibat kemalangan dan hilangan ingatan tentangnya kerana terkejut. Ingin mengenang semula memori bersama isterinya, Eun-tae memulakan perjalananan dan mengkaji semula erti kehidupan.
Untuk pengetahuan, drama ini akan mempunyai 4 episod secara keseluruhan, dengan gabungan pelakon dari Korea dan Jepun serta penggambaran yang berlangsung di kedua-dua negara.
Selain itu, ini juga merupakan cabaran terbaru buat Kim Hyun-joong kerana dia akan cuba berlakon dalam bahasa Jepun dan juga kali pertama terlibat dalam produksi Jepun.
Nantikan!