Korang dah tengok ke “2 Days 1 Night” musim terbaru ni?
Umum mesti dah tahu “2 Days 1 Night” sudah tidak mempunyai ahli yang sama seperti musim sebelum ini, iaitu Kim Seon-ho dan juga Ravi VIXX yang memulakan perkhidmatan tenteranya.
https://twitter.com/dramacoKR/status/1602996652876656641
Namun, rancangan hiburan itu mula diceriakan semula dengan kehadiran ahli baru iaitu Na In-woo dan juga yang terbaru, Yoo Seon-ho. Na In-woo sebelum ini sudah berjaya meraih maklum balas yang positif daripada penonton.
Penglibatan ahli terbaru, Yoo Seon-ho untuk musim terbaru ini, pada awalnya menjadi persoalan dalam kalangan penonton dek kerana mereka berteka-teki sama ada dia boleh menghidupkan suasana rancangan hiburan.
Because of his viral video, I was really excited to see Seonho’s clumsiness on the show, and he did not disappoint ㅋㅋㅋ pic.twitter.com/NcGjWBZEUt
— 딘딘’s (@ilbakilfour) December 19, 2022
Namun, akhirnya persoalan penonton terjawab apabila Yoo Seon-ho nyatanya berjaya meninggalkan impak yang positif dalam kalangan penonton kerana mereka memuji personalitinya yang bersahaja dan kelakar.
https://twitter.com/ilbakilfour/status/1604809969777664000
“Kelakar la Yoo Seon-ho ni.. rancangan hiburan ini memang makanan dia!”
“Seon-ho tolonglah… ‘clumsy’ betul!”
“Dia ‘clumsy’ dan kelakar lah…”
Terhibur lah tengok dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.