CL Akan Debut Sebagai Pelakon Suara Animasi Dalam ‘Baby Shark’s Big Show!’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
CL akan membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon suara animasi dalam rancangan “Baby Shark’s Big Show!”
Artikel Berkaitan
Pada 2 Jun, The Pink Pong Company mendedahkan bahawa CL akan menunjukkan lakonan suaranya menerusi rancangan animasi popular “Baby Shark’s Big Show!”.
Suara CL akan digunakan buat kali pertama dalam episod akan datang bertajuk “The Seaweed Sway”. Untuk pengetahuan, CL memainkan suara watak bernama Sharki L versi Korea bagi watak Sharki B, yang sebelum ini disuarakan oleh penyanyi rap Cardi B pada April lepas.

Jangan lupa tonton episod “The Seaweed Sway”, yang menampilkan lakonan suara CL, akan disiarkan menerusi EBS 1TV pada 4 Julai jam 4:30PM ini.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




