Nampaknya, Lisa sendiri telah mengesahkan hubungannya dengan jutawan Frédéric Arnault.
Baru-baru ini, Lisa telah membuat persembahan sebagai artis utama di pentas festival ‘Global Citizen’, yang berlangsung di New York.
Selain mempersembahkan lagu popularnya seperti “Money” dan “Rockstar”, wanita itu turut memberi kejutan buat peminat dengan menyanyikan lagu barunya yang belum dikeluarkan lagi, berjudul “Moonflit Floor”.
Lisa – Moonlit Floor 🌙 (So Kiss Me sampler) Lyrics pic.twitter.com/ATxMbpCAyh
— ᴅᴀɪʟʏ ʟɪꜱᴀᴛᴏɴɪɴ (@dailylisatonin) September 29, 2024
Khususnya, perhatian rata-rata tertumpu dengan lirik untuk lagu tersebut yang sepertinya ditujukan khas buat ‘kekasih’ Lisa iaitu Frédéric. Ada lirik yang berbunyi,
Lelaki Perancis bermata hijau membuatkan saya terjatuh hati, pada loghat di bibir awak.
Selepas 2 tahun hubungannya bersama lelaki itu menjadi tanda tanya, ramai rata-rata semakin yakin bahawa Lisa sedang menjalinkan hubungan serius bersama Frédéric Arnault.
My goodness!!!! Fred and Lisa have dinner together in New York. He is so supportive ❤️ pic.twitter.com/12ghoLv2kC
— Alinaa27_ (@Alinaa27_vn) September 28, 2024
Tambahan pula pada waktu yang sama, Lisa juga dilihat keluar makan bersama teman lelakinya itu, di sebuah restoran di New York.
Asalkan Lisa gembira kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.