Meskipun sibuk dengan pelbagai kerja, Lisa BLACKPINK nampaknya sentiasa mencari masa untuk bersama keluarganya di Thailand.
Baru-baru ini, Lisa telah pulang ke rumahnya di Thailand, bagi menikmati waktu cutinya sebelum kembali bekerja.
Terbaru, satu video telah tular di mana Lisa dilihat mencium dan memeluk ayahnya, sebelum pergi keluar bersama rakan-rakannya.
tomboy lisa hits different and she loves her dad so muchh #lisa #blackpink pic.twitter.com/aA1TWiDuw0
— lalalalisa_m (@saraa_0327) September 8, 2023
Selepas klip pendek itu tersebar, netizen rata-rata memuji dan seronok melihat hubungan rapat idola tersebut dengan ayahnya.
Antara komen yang ditulis,
Hubungan Lisa dengan ayahnya adalah segalanya.
Tidak kira betapa kejamnya dunia ini, Lisa akan sentiasa ada keluarga dan peminatnya.
Lisa sentiasa hormat ayah dan ibunya. Memang sesuatu yang harus dicontohi.
So sweet! Saya suka hubungan rapat Lisa dengan keluarganya.
Semoga sentiasa berbahagia Lisa dan keluarga!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.