Ikuti Kami:

Cipta Sejarah Sebagai Artis Solo, ‘Bambi’ Jadi Album Kedua Baekhyun EXO Terjual Lebih 1 Juta

Cipta Sejarah Sebagai Artis Solo, ‘Bambi’ Jadi Album Kedua Baekhyun EXO Terjual Lebih 1 Juta

Bukan sahaja ‘meletop’ sebagai ahli kumpulan EXO namun Baek-hyun membuktikan kepopularitiannya sebagai penyanyi solo apabila dia mencipta rekod baru baru-baru ini.

Album mini ketiganya iaitu “Bambi” dikhabarkan telah terjual sebanyak 1,006,835 buah sejak membuka jualan pada 30 Mac lalu. Mengagumkan kerana dalam masa 20 hari sahaja, idola tersebut berjaya mencipta rekod ini.

Sebelum ini, Baek-hyun menjadi artis solo dengan ‘jualan 1 juta’ pertama dalam 19 tahun dengan album mini keduanya “Delight”. Dalam sejarah muzik Korea, Baek-hyun ialah penyanyi solo kedua yang menerima gelaran ini sebagai kumpulan dan juga solo selepas Seo Tai-ji. Dengan rekod baru yang dicipta oleh “Bambi”, Baek-hyun kini memegang gelaran sebagai ‘double million seller’.

Kata Baek-hyun,

Pertama sekali, terima kasih kepada EXO-L (peminat rasmi EXO)! Terima kasih kepada semua peminay, dan saya akan bekerja keras supaya anda semua merasai perasaan yang menyenangkan, menyegarkan dan menyeronokkan apabila teringatkan saya. Saya sayang awak.

Dalam pada itu, Baek-hyun disahkan bakal menyertai latihan khidmat ketenteraan pada 6 Mei nanti dan menjadi ahli EXO ke-6 yang menjalani kewajipan tersebut.

Tahniah Baek-hyun atas pencapaian hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...