Ikuti Kami:

Cipta Sejarah Buat Idola Wanita, BLACKPINK Raih 2 Juta Jualan Album Dalam Seminggu

Cipta Sejarah Buat Idola Wanita, BLACKPINK Raih 2 Juta Jualan Album Dalam Seminggu

Tak ‘BLACKPINK’ lah kalau tak cipta rekod baru pada setiap comeback kan?

Terbaru, Circle Chart (dahulu dikenali sebagai Gaon Chart’ meriliskan data untuk minggu ke-38 2022 di mana ia merangkumi jumlah jualan fizikal, penstriman, digital untuk kumpulan idola seperti BLACKPINK, IVE dan NCT127.

Persatuan Kandungan Muzik Korea yang mengelola carta itu berkata,

Dalam minggu ke-38 (11 ke 17 September), album penuh ke-2 BLACKPINK ‘BORN PINK’ diumumkan telah menjual sebanyak 2,141,281 salinan. Sejak itu, mereka telah menduduki tangga pertama dalam kalangan kumpulan wanita lain dalam sejarah bagi jumlah penjualan fizikal untuk minggu pertama.

blackpink

Kumpulan yang dianggotai Jennie, Lisa, Rosé dan Jisoo itu turut merebut tiga tempat pertama dengan menduduki No 1 dalam carta K-Pop global selama 5 minggu dengan ‘BORN PINK’ dan single pra-rilis ‘Pink Venom’ selain turut di atas carta sosial selama 4 minggu berturut-turut.

Antara kunci kata utama yang dicari bersama BLACKPINK ialah ‘mencipta sensasi’, ‘mendapat respon besar’, ‘kian popular’ dan banyak lagi.

Hebat kan BLACKPINK?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...