Ikuti Kami:

Cipta Rekod Baru, Jualan Album IVE ‘I’ve Mine’ Cecah 1.6 Juta Salinan

Cipta Rekod Baru, Jualan Album IVE ‘I’ve Mine’ Cecah 1.6 Juta Salinan

IVE sekali lagi berjaya pecahkan rekod mereka!

Menurut carta Hanteo pada 20 Oktober, jualan awal salinan album terbaru IVE iaitu “I’ve Mine” yang dikeluarkan pada 13 Oktober adalah sebanyak 1,605,948 salinan.

Hasilnya, IVE sekali lagi telah menjual lebih daripada 1 juta salinan selepas album ketiga mereka iaitu “After Like” dikeluarkan pada tahun lepas dan album penuh pertama mereka “I Have” yang dikeluarkan pada bulan April yang lalu.

Ini membuatkan album yang baru sahaja dikeluarkan pada 13 Oktober yang lalu sebagai album ketiga mereka yang meraih 1 juta jualan walaupun kumpulan ini baru sahaja melakukan penampilan sulung pada dua tahun yang lalu.

ive

Selain itu, album “I’ve Mine” ini juga telah memecahkan rekod album “I Have” apabila berjaya menjual 1.1 Juta salinan dalam masa empat hari selepas dikeluarkan. Sekaligus membuktikan populariti mereka sebagai kumpulan idola wanita K-Pop global.

Dengan “I’ve Mine”, IVE telah menunjukkan imej mereka daripada beberapa perspektif. Dalam masa yang sama, IVE juga mempunyai perancangan untuk menemui peminat menerusi beberapa konten, termasuk siaran langsung program muzik.

Tahniah buat IVE dan peminat mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...