Ikuti Kami:

Cinta Lama Lee Seunggi & Lee Seyoung Berputik, Episod Awal ‘The Law Cafe’ Raih Rating Baik

Cinta Lama Lee Seunggi & Lee Seyoung Berputik, Episod Awal ‘The Law Cafe’ Raih Rating Baik

Yes! Akhirnya Lee Seung-gi dan Lee Se-young kembali bergabung selepas drama “A Korean Odyssey”.

Sinopsis

“The Law Cafe” adalah sebuah drama yang mengisahkan mengenai seorang pemilik rumah sewa, Kim Jeong-ho lakonan Lee Seung-gi yang juga merupakan bekas pendakwa raya, manakala, Kim Yu-ri iaitu lakonan Lee Se-young merupakan seorang penyewa dan juga seorang peguam.

Cinta lama kembali berputik

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini membawa kisah bekas kekasih yang kembali bertemu dalam situasi yang tidak dijangka iaitu sebagai penyewa dan pemberi sewa. Kim Yu-ri akhirnya berhenti dari firma hebat apabila banyak menghabiskan duit syarikat itu bagi mewakili kes pro-bono sahaja.

kbs the law cafe

Wanita itu kemudiannya menyewa tingat bawah sebuah bangunan bagi membuka ‘Kafe Perundangan’ yang memberikan nasihat berkaitan undang-undang dengan harga secawan kopi sahaja. Walau bagaimanapun, konflik pertama bermula apabila ruang kedai yang disewa itu dimiliki oleh bekas kekasihnya, Kim Jeong-ho iaitu seorang bekas pendakwa raya yang berhenti kerana mahu menjadi novelis.

Lelaki itu berterusan mahu membatalkan kontrak menyewa dengan alasan bahawa bisnes Kim Yu-ri tak akan berjaya selain sejarah hitam mereka. Tanpa disangka, lelaki itu yang sudah menginjak usia 30-an sebenarnya masih menaruh perasaan buat bekas kekasihnya itu dan mahu menyembunyikannya.

kbs the law cafe

Rating memuaskan

Untuk episod awal, “The Law Cafe” berjaya meraih rating baik iaitu 7.1% namun sedikit menurun ke 6.6% ketika episod seterusnya. Pun begitu, angka ini merupakan satu catatan yang baik buat drama yang baru bermula lantas ramai yang menantikan perkembangan plot dalam episod seterusnya.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...