Makin best lah drama “Love Next Door” sekarang!
Kelmarin, drama komedi romantik baharu yang dibintangi oleh Jung Hae-in dan Jung So-min mencapai rating tertinggi setakat ini.
Menurut Nielsen Korea, episod terbaru “Love Next Door” menduduki tempat pertama dalam slot waktunya dengan rating sebanyak 6.8%, menandakan rekod peribadi baharu untuk drama tersebut.
Dalam episod kali ini, Choi Seung-hyo mula menyedari perasaan pada Bae Seok-ryu di mana wanita itu turut mula menyedari bakat terpendam dalam masakan.
Korang layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.