Ikuti Kami:

Cinta Eunjae & Woojin Mula Berbunga, Rating Drama ‘Romantic Doctor Kim 2’ Kian Meningkat!

Cinta Eunjae & Woojin Mula Berbunga, Rating Drama ‘Romantic Doctor Kim 2’ Kian Meningkat!

Nampaknya ramai betul penonton yang sebenarnya menyukai drama perubatan. Tapi itulah kebanyakan drama tempatan lebih fokuskan tentang elemen cinta walaupun berlatar belakangkan institusi hospital, jadi tak menyerlah aspek perubatan dan perawatan dalam naskhah berkenaan.

Tapi kalau K-Drama, pihak produksi pasti akan menitikberatkan kesahihan sesuatu prosedur perubatan dan wabak yang dipaparkan di dalam drama mereka. Setiap kes itu dikaji dengan mendalam supaya dapat memberikan babak yang realistik selain mendidik penonton tentang sesuatu penyakit. Kisah romantik tetap ada, tetapi ianya seiring dengan elemen perubatan yang diangkat sebagai tema drama tersebut. Tak adalah pakai kot putih beria, tapi asyik babak kejar perempuan sahaja!

romantic doctor kim

Romantic Doctor Kim 2

Antara drama perubatan Korea yang menjadi kegilaan ramai kini ialah “Romantic Doctor Kim”. Disebabkan musim pertamanya yang mendapat sambutan hangat, pihak produksi naskhah tersebut tidak teragak-agak untuk membawanya kepada musim yang baru. Tapi sekuel mana-mana drama biasanya tidak popular seperti yang pertama tetapi musim kedua drama ini ternyata mendapat rekasi ‘panas’ daripada penonton di seluruh dunia!

Untuk musim kedua ini, ia membawa kisah Dr. Kim bersama kehidupannya dengan orang baru selepas pelajar lamanya terpaksa pergi atas urusan masing-masing. Selain itu, pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Kerana mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woojin yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eunjae yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.

romantic doctor kim 2

Rating tak henti-henti menaik

Bayangkan episod pertamanya sahaja sudah dapat mencapai rating lebih daripada 15%. Hebat betul penangan “Romantic Doctor Kim 2” ini! Terbaru, episod yang ditayangkan pada 28 Januari lepas telah mencatatkan rating terbaik bagi drama tersebut sehingga mengalahkan rekod peribadinya sebelum ini. Bagi kedua bahagiannya, naskhah ini berjaya mengaut rating 16.5% dan 20.7% sekaligus membuatkan ia mencecah rating purata lebih daripada 20% buat julung kalinya!

Cinta mula berputik

Setelah sekian lama menantikan babak romantik dalam “Romantic Doctor Kim 2” ini, akhirnya penonton disajikan dengan momen sweet di antara Eunjae dan Woojin apabila wanita itu meluahkan rasa kasihan kepada lelaki tersebut dengan cerita silamnya yang menyedihkan. Walaupun tidak sehaluan sebelum ini, Eunjae simpati dengan Woojin yang sebenarnya sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi.

romantic doctor kim 2

Tambahan pula, Woojin tanpa lengah telah membantu menyelamatkan doktor wanita itu selepas dia dikelar secara tidak sengaja oleh salah seorang ibu kepada pesakit di hospital itu. Tidak mahu hanya menjadi kes simpati Eunjae, doktor lelaki itu terus menciumnya bagi menjelaskan perasaan sebenar daripada lubuk hatinya.

romantic doctor kim 2

Patutlah rating “Romantic Doctor Kim 2” makin meningkat naik, rupanya dah masuk bahagian romantik yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penonton! Penat asyik tengok orang berlumuran darah dan situasi panik sahaja, mesti ramai yang nantikan babak ringan untuk buatkan hati mereka berdegup kencang kan? Sudah pastinya babak sweet ini berjaya membuatkan semua orang senyum sampai telinga.

Sumber: SBS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...