Ikuti Kami:

Cinta Berputik Dikelilingi Muzik Klasik, Plot Tenang ‘Do You Like Brahms?’ Dipuji Penonton

Cinta Berputik Dikelilingi Muzik Klasik, Plot Tenang ‘Do You Like Brahms?’ Dipuji Penonton

Sebenarnya kan, ramai peminat K-Drama yang sukakan naskhah tenang dan nyaman. Tak perlu dihiasi dengan konflik menyakitkan mahupun babak mendebarkan, ada sahaja drama yang mampu membuatkan penonton berasa tenang sahaja dengan plotnya.

Salah satu daripada drama yang menerapkan elemen sedemikian ialah drama terbaru di bawalah saluran SBS iaitu “Do You Like Brahms?” yang baru sahaja memulakan tayangan dua hari lepas.

Sinopsis “Do You Like Brahms?”

Park Joon-young (Kim Min-jae) mula bermain piano sejak berusia 6 tahun lagi dan berjaya meraih pelbagai trofi daripada pertandingan tempatan sehingga ke seluruh dunia. Manakala Chae Song-ah (Park Eun-bin) pula yang merupakan graduan bidang perniagaan, kini kembali mendaftar ke universiti yang sama namun ke sekolah muzik pula selepas 4 tahun mencuba. Wanita itu yang 7 tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya tetap gagah bagi mengejar impiannya.

episod awal do you like brahms

Kisah romantik dikelilingi instrumen muzik klasik

Ingat tak K-Drama seperti “Beethoven Virus” dan “Naeil’s Cantabile” yang mengetengahkan elemen muzik klasik sebagai latar belakang premisnya? Sama seperti naskhah tersebut, “Do You Like Brahms?” turut mempertaruhkan elemen yang sama lantas membuatkan ramai penonton yang teruja.

[Amaran SPOILER]

Baru sahaja dua episod ditayangkan, rata-rata penonton sukakan kisah daripada kawan sehingga berputik rasa cinta di antara Park Joon-young dan Chae Song-ah. Malahan ketenangan yang dilampirkan dalam pembawaan sinematografi drama itu turut membuatkan ramai berasa tenang dan berbunga.

Seronok melihat dua jiwa yang merana kerana masalah yang berbeza mula melengkapi antara satu sama lain seperti Park Joon-young dan Chae Song-ah. Meskipun hubungan mereka masih di peringkat kekok dan malu-malu, penonton dah tak sabar nak lihat percambahan perasaan antara mereka nanti.

episod awal do you like brahms

Drama ini ternyata turut menarik perhatian ramai apabila berjaya meraih rating baik di awal tayangannya. Rating sebanyak 4.2% dan 5.3% untuk episod pertama manakala dilihat sedikit menurun pada episod seterusnya dengan catatan 3.8% dan 5%.

Peminat drama yang tak bikin stres memang patut tonton drama “Do You Like Brahms?” ini. Untuk penonton di Malaysia, anda boleh saksikan drama ini bermula 1 September pada jam 8.10pm setiap Selas dan Ahad.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...