Adakah Byun Woo-seok sedang bercinta kini?
Terbaru, lelaki itu dikatakan melakukan ‘Lovestagram’ bersama seorang model bernama Jeon Ji-soo. Ini kerana ramai menemui bukti foto di mana mereka berdua berada di tempat yang sama seperti pameran, kafe, dan trek hutan sejak tahun 2022.
Malah mereka dilihat memakai cincin pasangan yang serupa sehingga menimbulkan spekulasi ramai dan ada yang menebak hal berkenaan pada Jeon Ji-soo sejak bulan lalu.
Respon agensi Byun Woo-seok menidakkan hal berkenaan,
Gosip cinta itu adalah tidak benar. Mereka tidak melakukan ‘Lovestagram’ dan hanya berkawan sahaja.
Jelas pihak mereka lagi, Byun Woo-seok dan Jeon ji-soo hanya rakan alumni dan terdapat orang lain juga yang bersama mereka.
Malah Jeon Ji-soo didedahkan sedang bercinta dengan seorang DJ terkenal kini lantas gosip ini mati begitu sahaja.
Kalau ya pun, apa salahnya kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.