Ikuti Kami:

Choo Youngwoo & Shin Siah Sah Terajui ‘Even If This Love Disappears from the World Tonight’

Choo Youngwoo & Shin Siah Sah Terajui ‘Even If This Love Disappears from the World Tonight’

Choo Young-woo dan Shin Si-ah bakal membintangi sebuah filem baharu bersama!

Pada 2 Julai, pengedar filem BY4M Studio mengumumkan bahawa Choo Young-woo dan Shin Si-ah akan menjadi pelakon utama dalam versi Korea bagi filem Jepun “Even If This Love Disappears from the World Tonight.” Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Kim Hye Young, yang sebelum ini menerima pujian daripada pengkritik dan penonton melalui filem debutnya “It’s Okay!”

“Even If This Love Disappears from the World Tonight” merupakan adaptasi daripada novel dengan judul yang sama oleh penulis Ichijo Misaki. Ia mengisahkan percintaan menyentuh hati antara seorang pelajar perempuan yang menghidap amnesia anterograd di mana memorinya akan terpadam setiap kali dia bangun tidur dan seorang pelajar lelaki biasa yang menjalani kehidupan yang membosankan dan tiada arah tujuan. Filem asal yang ditayangkan pada tahun 2022 itu berjaya menarik sekitar 1.21 juta penonton di Korea dan menjadi hit box office.

choo youngwoo shin siah

Choo Young-woo akan membawakan watak Kim Jae-won, seorang pemuda yang menjalani hari-hari tanpa matlamat khusus namun mula berubah selepas bertemu dengan Han Seo-yoon, yang berbeza sepenuhnya dengannya. Beliau menyatakan, “Saya sangat menikmati novel dan filem asalnya, jadi saya memang mahu menjadi sebahagian daripada projek ini.”

Shin Si-ah pula akan memainkan watak Han Seo-yoon, seorang gadis ceria yang menghidap amnesia anterograd tetapi tetap berusaha menjalani hari-hari dengan semangat positif dan ceria. Menjelang penggambaran, dia berkata, “Sebagai peminat novel asal, saya sangat gembira dan teruja dapat membawa watak daripada karya yang saya cintai. Saya akan lakukan yang terbaik agar kehangatan dan keikhlasan cerita ini dapat disampaikan kepada penonton.”

Versi Korea “Even If This Love Disappears from the World Tonight” dijadualkan memulakan penggambaran pada 5 Julai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...