Tamat sahaja drama “Work Later, Drink Now”, nampaknya mungkin Choi Si-won akan menyertai naskhah baru nanti.
Menerusi laporan media, ahli Super Junior itu bakal menerajui drama “A Love That Will Freeze To Death”. Ianya membawa kisah komedi romantik mengenai kisah cinta yang manis dan pahit dalam dunia realiti.
Naskhah ini bakal ditayangkan di platform KT Seezn namun masih belum ada informasi spesifik yang dilaporkan.
Dalam pada itu, Choi Si-won turut disahkan akan kembali dalam musim kedua “Work Later, Drink Now” nanti.
Busy Choi Si-won!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.