Ikuti Kami:

Choi Siwon Dedah Hubungan Rapat Dengan Jackie Chan

Choi Siwon Dedah Hubungan Rapat Dengan Jackie Chan

Baru-baru ini, penyanyi dan juga pelakon kacak Choi Si-won tampil dalam sebuah rancangan hiburan SBS, “My Little Old Boy” dan berkongsi bahawa dia sangat akrab dengan pelakon lagenda, Jackie Chan! Betul ke?

Dalam sesi temu bual tersebut, Choi Si-won dijemput oleh pengacara, Tak Jae-hoon, Lee Sang-min dan Im Won-hee ke sebuah restoran mewah. Menerusi temu bual tersebut, Tak Jae-hoon sempat mengatakan kepada Choi Si-won,

Saya rasa kamu tidak perlu lagi melakukan aktiviti di Korea kerana kamu mempunyai banyak hubungan ‘luar’ yang hebat.

Choi Si-won berkata,

Bagaimanapun, aktiviti domestik adalah yang paling penting.

Mengenai ini, Lee Sang-min bertanya,

Awak rapat dengan Jackie Chan?

my little old boyChoi Si-won menjawab,

Hubungan kami agak akrab kerana kami pernah membuat penggambaran filem bersama-sama.

 

Choi Si-won juga turut berkongsi bahawa dia pernah dijemput ke majlis hari jadi Jackie Chan. Choi Si-won berkata,

Saya dan Jackie Chan mempunyai hari lahir yang sama. Dan kecenderungan kami adalah serupa. Saya pergi meraikan hari jadinya pada hari lahir saya. Saya melakukan ini sehingga sebelum menyertai tentera.

choi siwonLee Sang-min seterusnya berkata,

Saya juga pergi ke majlis hari jadi Jackie Chan. Saya pergi pada tahun 2000. Apabila saya tiba di lapangan terbang, kereta Jackie Chan datang. Ia mempunyai ‘JC’ padanya.

Choi Si-won sekali lagi berjaya mengejutkan penonton apabila dia turut dijemput oleh kapal terbang yang disewakan khas untuk menjemputnya oleh Jackie Chan dan perkara tersebut sangat mengujakannya.

Nampak tak? Bukan biasa-biasa tau ‘level’ Choi Si-won! Siap dijemput oleh Jackie Chan! Tapi memang tak boleh dinafikan, CHoi Si-won sememangnya figura berbakat besar yang boleh mengorak langkah dengan lebih jauh. Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...