Ikuti Kami:

Choi Minyeong Masuk Agensi Saram Entertainment, Sertai Honey Lee, Choi Sooyoung & Ramai Lagi

Choi Minyeong Masuk Agensi Saram Entertainment, Sertai Honey Lee, Choi Sooyoung & Ramai Lagi

Pelakon baharu Choi Min-yeong telah menyertai agensi Saram Entertainment!

Pada 31 Mac, Saram Entertainment mengumumkan bahawa Choi Min-yeong telah menandatangani kontrak eksklusif dengan agensi tersebut. Untuk pengetahuan, Choi Min-yeong kini muncul dalam “Twenty Five, Twenty One” sebagai Baek Yi-hyun, adik lelaki kepada Baek Yi-Jin (Nam Joo-hyuk).

Sejak penampilan sulungnya dalam drama KBS “Magic Thousand Characters” pada 2014, Choi Min-yeong telah muncul sebagai watak kanak-kanak dalam beberapa karya lain seperti “Strong Woman Do Bong-soon”, “Mr. Sunshine” dan “Itaewon Class”.

Selain itu, Choi Min-yeong juga telah diiktiraf atas bakat dan potensinya sebagai pelakon dengan memenangi Anugerah Lakonan Terbaik di Festival Filem Remaja Korea 2012 dan menerima pujian daripada Peraduan Muzikal Belia 2020 ‘The 6th DIMF Musical Star’.

Lee So-young, Ketua Pegawai Eksekutif Saram Entertainment berkata,

Choi Min-yeong ialah seorang pelakon baharu yang sudah bersedia dengan kemahiran lakonan yang mantap.

Sementara itu, Saram Entertainment juga merupakan agensi kepada Gong Myung, Kim Min-ha, Kim Seong-gyu, Park Gyu-young, Uhm Jeong-hwa, Honey Lee, Choi Soo-young dan ramai lagi.

Selamat maju jaya buat Choi Min-yeong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...