Ikuti Kami:

Choi Hyunwook & Moon Gayoung Sah Terajui Drama Rom-Kom Baru ‘Black Salt Dragon’

Choi Hyunwook & Moon Gayoung Sah Terajui Drama Rom-Kom Baru ‘Black Salt Dragon’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Moon Ga-young dan Choi Hyun-wook!

Terbaru, tvN mengumumkan bahawa Moon Ga-young dan Choi Hyun-wook akan terajui drama komedi romantik baru berjudul “Black Salt Dragon”.

Diadaptasi dari webtoon popular, “Black Salt Dragon” akan menceritakan kisah cinta seorang lelaki dan wanita yang pertama kali bertemu melalui watak permainan dalam talian semasa zaman persekolahan. Pada 16 tahun kemudian, mereka bertemu semula dalam kehidupan sebenar sebagai bos dan pekerja.

Dalam drama ini, Moon Ga-young akan menghidupkan watak sebagai Baek Soo-jung, seorang pekerja yang rajin dan berbakat dalam pekerjaannya.

choi hyunwook moon gayoung

Manakala Choi Hyun-wook pula akan berperan sebagai pewaris chaebol Ban Joo-yeon, pengarah bahagian perancangan strategik di Yongsung Department Store, yang cintanya ditolak oleh wanita yang ditemui melalui permainan dalam talian.

Sementara itu, “Black Salt Dragon” telah dijadualkan untuk menemui penonton pada separuh pertama 2025. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Yonhap News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...