Kecoh baru-baru ini satu muat naik yang menimbulkan kontroversi dan menjadi bahan bualan dalam kalangan peminat. Satu imej ‘selfie’ yang dimuat naik oleh Cho Won-sang dari Lucy bersama Ji-han Weeekly telah membuat ramai peminat berteka-teki. Mereka ‘couple’ ke?
Cho Won-sang dari Lucy memuat naik satu imej melalui akaun Instagram peribadinya dan bersama Ji-han Weeekly. Dalam foto itu, Cho Won-sang dan Ji-han tersenyum manis sambil bergambar bersama. Senyuman mesra mereka menampakkan mereka sangat menyerupai satu sama lain. Melalui ‘posting’ itu juga, Cho Won-sang menulis,
Anda adalah satu-satunya adik perempuan saya
Melalui satu lagi ‘posting’, Cho Won-sang turut membuat kapsyen di mana satu pasangan suami isteri menganggap mereka pasangan bercinta.
Sepasang suami isteri mengambil gambar untuk kami dan menyangka kami adalah pasangan kekasih. Semasa dia mengambil gambar itu, dia ketawa, mengulas bagaimana kami kelihatan sangat serupa antara satu sama lain. Kami adik beradik, lolllllll.
Setelah makin banyak khabar angin mengenai mereka tersebar, akhirnya satu kenyataan lain timbul di mana mereka merupakan saudara sepupu. Jadi, itu menjawab desas-desus mengenai khabar angin percintaan dan kemesraan mereka. Biasalah kalau mesra sikit, mesti orang ingat ada ‘something’ kan?
Korang rasa muka dorang serupa tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.