Ikuti Kami:

Chiwoo KINGDOM Tamat Kontrak Dengan GF Entertainment & Tinggalkan Kumpulan

Chiwoo KINGDOM Tamat Kontrak Dengan GF Entertainment & Tinggalkan Kumpulan

Baru-baru ini, Chiwoo dari ahli kumpulan KINGDOM telah menamatkan kontrak dengan agensinya GF Entertainment dan pada masa yang sama menarik diri daripada kumpulan itu.

Pada 25 Jun, semalam, agensinya GF Entertainment berkata,

Chiwoo telah menamatkan kontraknya kerana keadaan peribadi dan akan meninggalkan kumpulan itu.

Kami minta maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada peminat dan ramai lagi dengan berita mengejut ini. KINGDOM akan terus mempromosikan kumpulan itu hanya  sebagai 6 ahli pada masa akan datang.

kingdom

KINGDOM, yang baru sahaja memulakan kerjaya mereka pada Februari tahun lalu, telah memilih untuk membawa konsep pandangan dunia yang luas dengan “Seven Kings From Seven Kingdoms” sebagai tema utama. Dengan pernarikan diri Chiwoo, konsep kumpulan itu dijangka berubah.

Walaupun selepas ini, hanya 6 ahli yang bakal beraksi di pentas, diharapkan agar KINGDOM masih akan terus kekal bersemangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...