Akhirnya kemelut tiga ahli EXO bersama SM Entertainment sudah pun menemui jalan penyelesaiannya.
Pada pagi ini, agensi itu mengumumkan bahawa Chen, Baekhyun dan Xiumin akan menyambung aktiviti mereka bersama EXO seperti biasa dan meneruskan hubungan kontrak bersama SM Entertainment.
Ulas mereka,
Kami dan tiga artis tersebut mengambil masa yang cukup untuk berbincang mengenai kami secara mendalam. Menerusi diskusi ini, kami gembiran untuk menyampaikan bahawa kesemua perbezaan pendapat berjaya diselesaikan dan kami bersetuju dengan perjanjian bersama.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Chen, Baekhyun dan Xiumin menfailkan aduan terhadap SM Entertainment atas tuduhan ‘tidak adil dalam kontrak’.
Semoga mereka baik-baik sahaja.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉