Ikuti Kami:

Chef Popular Kembali Ke Masa Lalu, Yoona Dilamar Terajui Drama Komedi Fantasi ‘Tyrant’s Chef’

Chef Popular Kembali Ke Masa Lalu, Yoona Dilamar Terajui Drama Komedi Fantasi ‘Tyrant’s Chef’

Selepas “King the Land”, pasti ramai yang menantikan drama baru dari Yoon-a kan?

Terbaru pada 24 September, agensi mengumumkan bahawa Yoon-a telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “Tyrant’s Chef” dan masih dalam perbincangan.

Diarahkan oleh pengarah Jang Tae-yoo, drama ini akan mengikuti seorang chef yang sedang mencapai kemuncak kejayaan namun, dibawa kembali ke masa lalu.

yoona

Di sana, dia bertemu dengan seorang raja yang dianggap sebagai zalim tetapi juga dikenali sebagai gourmet terhebat.

Untuk pengetahuan, Jang Tae-yoo juga pernah mengarahkan banyak naskhah popular seperti “My Love From The Star”, “Hyena” dan pelbagai lagi.

Nantikan info lanjut mengenai “Tyrant’s Chef”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...