Ikuti Kami:

“Chanyeol Ugut Wanita?” – SM Entertainment Nafi Dakwaan Tersebut

“Chanyeol Ugut Wanita?” – SM Entertainment Nafi Dakwaan Tersebut

Baru-baru ini, kecoh satu rakaman video di laman sesawang dimana dakwaan mengatakan bahawa penyanyi kumpulan EXO, Chan-yeol mengugut dan mengancam seorang wanita.

SM Entertainment telah menafikan khabar angin mengenai Chan-yeol.

Terdahulu, seorang pemandu motosikal terkenal, Jang Si-nae menjadi tetamu jemputan di sebuah program Channel S bersama suaminya, dan dia menceritakan kisah bagaimana dia terserempak dengan seorang idola terkenal yang mengugutnya dan mengutuknya semasa dia memandu ke tempat kerja.

Pada waktu itu, saya sedang menunggang skuter ke tempat kerja dan seorang lelaki menaiki kereta memandu secara berbahaya di belakang saya. Dia datang ke arah saya dengan pantas dari belakang, dan saya mengelak dia, tetapi dia kemudian menunjukkan simbol jari tengah kepada saya. Saya mengikutinya untuk mendapatkan nombor plat keretanya, tetapi dia berhenti di lampu isyarat.

Saya ingin tahu mengapa dia berbuat demikian kepada saya, jadi saya mengetuk tingkapnya untuk bertanya, dan dia menutup mukanya dan terus mengelak dari saya. Ternyata dia merupakan seorang idola. Dia adalah seorang idola yang terkenal, dan saya rasa saya mesti menerima akibat sebaik sahaja namanya keluar dari mulut saya.

chanyeol

Kenyataan Jang Si-nae disertai dengan satu muat naik video yang dia keluarkan mengenai kejadian itu, dimana ia menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali menunjukkan jari tengahnya dari dalam keretanya.

Disebabkan silau dan tingkap berwarna, sukar untuk buat penonton mengenal dan menilai pasti susuk tubuh lelaki itu. Bagaimanapun, beberapa netizen di ruangan komen  telah menyatakan bahawa lelaki tersebut adalah Chan-yeol, berdasarkan reka bentuk kereta dan bentuk tangannya.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan kepada saluran media News1, SM Entertainment mempertahankan nama baik Chan-yeol, dengan menyatakan dia bukan lelaki yang berada dalam video tersebut.

Orang di dalam video itu bukan Chanyeol. Kenderaan yang dimaksudkan berbeza dengan kenderaan peribadi Chanyeol.

Kami akan mengambil langkah undang-undang yang kukuh terhadap penyebaran maklumat yang salah. 

Syabas SM Entertainment kerana segera mengambil tindakan untuk hentikan sebaran maklumat yang salah. Pihak netizen diharapkan agar tidak cepat membuat kesimpulan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...