Nampaknya, ramai pelakon hebat akan muncul dalam musim kedua “Bloodhounds”!
Terbaru, media melaporkan bahawa Hwang Chan-sung telah mengesahkan penampilannya dalam siri Netflix “Bloodhounds 2”.
Bagaimanapun, agensi pelakon itu masih belum memberi sebarang respon lagi setakat ini.
Menurut laporan, ahli 2PM itu akan membuat transformasi sebagai pelakon dengan wataknya sebagai penjahat dalam drama itu nanti.
Tambahan, “Bloodhounds 2” juga telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini selepas selesai memutuskan barisan pelakon.
Nantikan!