Ikuti Kami:

Chanmi Jadi Ahli AOA Kedua Melangsungkan Perkahwinan

Chanmi Jadi Ahli AOA Kedua Melangsungkan Perkahwinan

Akhirnya, ahli AOA, Dohwa (sebelum ini dikenali sebagai Chanmi), mengumumkan perkahwinannya menerusi Instagram miliknya!

Tulisnya untuk menyambut hari bermakna itu,

Hai, saya Dohwa. Hari ini saya menulis kerana ada satu berita yang saya ingin sampaikan sendiri kepada anda semua yang telah menyokong dan memberi semangat kepada saya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dohwa (@dohwa_blossom_)

Tambahnya,

Saya telah bertemu seseorang yang saya ingin habiskan sisa hidup saya bersamanya, dan saya akan berkahwin pada bulan Jun ini.
Dia adalah seorang yang pemurah, yang sentiasa berada di sisi saya pada setiap detik, melindungi saya dengan kehangatannya. Saya sangat bersyukur kerana memilikinya.

Jelasnya dia berjanji akan memperkenalkan gerangan suaminya apabila masa yang sesuai tiba nanti.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...