Ikuti Kami:

Chaewon & Hyunjin LE SSERAFIM Terbabit Dalam Kemalangan Kecil, Aktiviti Kumpulan Dibatalkan

Chaewon & Hyunjin LE SSERAFIM Terbabit Dalam Kemalangan Kecil, Aktiviti Kumpulan Dibatalkan

Ahli LE SSERAFIM terbabit dalam kemalangan?

Terbaru, dikhabarkan bahawa dua ahli LE SSERAFIM terbabit dalam satu kemalangan kecil. Perkara itu disahkan sendiri oleh agensi mereka, Source Music, namun, kedua-dua ahli tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius.

Kim Chae-won dan Huh Yun-jin mengalami kecederaan seperti ketegangan otot yang sederhana dan lebam, malah doktor turut menasihatkan mereka untuk mendapatkan rehat dan rawatan sepenuhnya. le sserafimDek kerana kemalangan itu juga, LE SSERAFIM terpaksa membatalkan jadual mereka untuk tampil dalam rancangan muzik Mnet, “M Countdown” pada 20 Oktober dan rancangan KBS, “Music Bank” pada 21 Oktober akan datang. Mereka juga terpaksa menunda majlis tanda tangan bersama peminat yang dijangka berlangsung pada 21 dan 22 Oktober.

Berikut merupakan kenyataan daripada Source Music.

Hello.
Ini adalah Source Music.

Kami ingin memberikan anda maklumat mengenai status kesihatan semasa dan jadual masa depan ahli LE SSERAFIM.

Pada hari Rabu, 19 Oktober, kenderaan yang membawa anggota LE SSERAFIM, Kim Chae-won dan Huh Yun-jin terbabit dalam kemalangan kecil. Syukurlah, tiada seorang pun anggota atau kakitangan itu cedera parah dan mereka segera ke hospital di mana mereka menerima diagnosis dan rawatan.

Pemeriksaan perubatan menunjukkan kedua-dua anggota mengalami sakit otot ringan dan lebam dan kakitangan perubatan menasihatkan mereka untuk menerima rawatan konservatif buat sementara waktu.

Seperti yang disyorkan oleh kakitangan perubatan, penyertaan LE SSERAFIM dalam “M Countdown” Mnet pada Khamis, 20 Oktober dan “Music Bank” KBS2 pada hari Jumaat, 21 Oktober telah dibatalkan. Acara tanda tangan bersama peminat yang dijadualkan pada hari Jumaat, 21 Oktober dan Sabtu, 22 Oktober akan dijadualkan semula dan pemenang acara akan menerima notis berasingan. Kami meminta sokongan anda.

Kami akan menjadualkan aktiviti masa depan dengan meletakkan kesihatan artis kami sebagai keutamaan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu dalam rawatan dan pemulihan Kim Chae-won dan Huh Yun-jin supaya mereka dapat kembali dalam keadaan sihat sepenuhnya kepada peminat mereka secepat mungkin.

Terima kasih.

le sserafimSemoga cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...