Ikuti Kami:

Cha Taehyun Kembali Beraksi, Drama Jenayah Komedi ‘Team Bulldog: Off-Duty Investigation’ Catat Rating Biasa

Cha Taehyun Kembali Beraksi, Drama Jenayah Komedi ‘Team Bulldog: Off-Duty Investigation’ Catat Rating Biasa

Setelah sekian lama merehatkan diri, akhirnya pelakon Cha Tae-hyun kembali berlakon di layar perak menerusi “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” iaitu sebuah drama penyiasatan yang lawak dan juga mendebarkan.

Sinopsis ringkas

Jin Kang-ho (Cha Tae-hyun) ialah seorang detektif yang sangat bersemangat dan berdedikasi. Dia akan memastikan kesemua penjenayah jatuh ke tangannya dalam apa jua cara sekalipun sehingga membuatkan ramai detektif lain menyampah dengannya.

episod pertama team bulldog: off-duty investigation

Kang Moo-young (Lee Sun-bin) pula ialah seorang produser TV yang menghasilkan program penyiasatan. Misi utama rancangan ini ialah untuk menangkap penjahat yang tidak mampu diberkas oleh pihak polis. Wanita ini adalah sangat tulus tetapi sanggup mengambil risiko supaya dapat menegakkan keadilan. Tanpa sengaja, kedua mereka bertemu dan mula bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang menemui jalan buntu.

Rating kian menaik

Daripada respons yang ditinggalkan penonton, nampak gayanya mereka seperti menyukai tema penyiasatan dengan elemen komedi yang diketengahkan oleh “Team Bulldog: Off-Duty Investigation”. Bahkan lakonan Cha Tae-hyun dan kekasih Lee Kwang-soo iaitu Lee Sun-bin juga dibanjiri dengan pujian.

episod pertama team bulldog: off-duty investigation

Walaupun episod pertamanya hanya meraih rating 1.95% tetapi episod keduanya menunjukkan peningkatan yang baik dengan catatan 2.5%. Sekiranya drama ini boleh mengekalkan momentumnya, ia mungkin akan merekodkan yang lebih baik pada masa akan datang.

Jangan lupa saksikan “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” setiap Sabtu dan Ahad di bawah saluran OCN.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...