Utama Drama Korea Cha Eunwoo Tolak, Ji Changwook Dilamar Terajui Drama Jenayah ‘Bulk’

Cha Eunwoo Tolak, Ji Changwook Dilamar Terajui Drama Jenayah ‘Bulk’

ji changwook

Sibuk betul Ji Chang-wook dengan pelbagai projek!

Terbaru pada 14 November, Ji Chang-wook dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama jenayah baru berjudul “Bulk”. Sebagai respon, agensi pelakon itu memberitahu,

Ji Chang-wook menerima tawaran untuk siri baru ‘Bulk’ dan sedang secara positif menelitinya kini.

Berlatarbelakangkan kehidupan malam Gangnam, “Bulk” mengisahkan tentang pasukan jenayah yang terdiri daripada polis, pekerja yang terlibat dalam dunia minuman keras dan seorang pendakwa yang mengejar hubungan gelap.

Sebelum ini, Cha Eun-woo telah menerima tawaran untuk terajui drama yang sama namun terpaksa menarik diri kerana konflik jadual.

drama bulk

Sementara itu, drama “Bulk” akan memulakan produksi pada hujung bulan ini dan menjalankan penggamabran untuk enam bulan akan datang.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews1
Loading...