Utama Drama Korea Cha Eunwoo Terima Tawaran Untuk Terajui Drama Jenayah ‘Wonderful World’

Cha Eunwoo Terima Tawaran Untuk Terajui Drama Jenayah ‘Wonderful World’

cha eunwoo

Nampaknya, 2023 ini akan menjadi tahun yang sibuk buat Cha Eun-woo!

Terbaru pada 26 Mei, Cha Eun-woo dilapor akan membawa watak utama dalam drama baru berjudul “Wonderful World”. Tidak lama kemudian, agensinya memberi respon,

Cha Eun-woo sedang secara positif dalam perbincangan untuk muncul dalam drama itu, tetapi tiada apa yang telah diputuskan.

Untuk pengetahuan, “Wonderful World” ialah drama balas dendam yang menegangkan tentang seorang wanita yang secara tragis kehilangan anak lelakinya. Apabila undang-undang memaafkan pelakunya, dia memutuskan untuk membalas dendam sendiri.

drama wonderful world

Selain Cha Eun-woo, pelakon veteran Kim Nam-joo juga sedang meneliti tawaran untuk muncul dalam drama ini, sebagai watak utama wanita dan Kim Kang-woo turut ditawar untuk melakonkan watak sebagai suaminya.

Jika Cha Eun-woo menerima tawaran tersebut, dia akan menghidupkan watak sebagai Kwon Sun-yool, seorang pelajar perubatan yang sedang bercuti dan bermimpi untuk merawat kanak-kanak yang sakit seperti dia. Namun, wataknya tanpa diduga terjerat dengan pelakon utama wanita, yang masih terselubung dalam misteri.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “Wonderful World”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERIlgan Sports
Loading...