Ikuti Kami:

Cha Eunwoo Sambut Kejayaan Penggambaran Terakhir Drama Misteri Fantasi ‘Island’

Cha Eunwoo Sambut Kejayaan Penggambaran Terakhir Drama Misteri Fantasi ‘Island’

Selepas “True Beauty” tamat, pastinya ramai yang menantikan Cha Eun-woo buat comeback kan?

Jangan risau kerana anda akan dapat melihatnya nanti dengan watak serba baru menerusi drama OCN iaitu “Island”.

Beberapa bulan menjalani penggambaran, akhirnya lelaki itu memaklumkan menerusi akaun Instagramnya bahawa mereka sudah menamatkan rakaman naskhah itu kelmarin.

Dilihat pihak agensi Cha Eun-woo telah menghias keretanya selain memberikan kek dan bunga bagi menyambut kejayaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 차은우 (@eunwo.o_c)

Tulisnya di kapsyen,

Semua orang dalam pasukan ‘Island’, terima kasih kerana kerja keras anda. Selamat tinggal buat seketika, John.

Untuk pengetahuan, “Island” membawa kisah seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah manakala si wanita itu pula tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau cantik tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.

Drama hebat ini turut menampilkan Kim Nam-gil dan Lee Da-hae dan akan ditayangkan pada tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...