Penampilan terkini Jay Park telah mengejutkan peminat.
Baru-baru ini, Jay Park telah mengeluarkan video teaser bagi single terbarunya “Jay Park Season 1”. Di mana, dalam teaser tersebut, penyanyi itu telah dilihat menyanyi dengan muzik tempo perlahan sambil berdiri.
Video itu mula tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai selepas mereka menyedari ketiadaan tatu di dada serta lengan Jay Park.
Malah, peminat serta netizen juga turut meluahkan rasa terkejut mereka setelah melihat tubuh badan bersih penyanyi itu selepas sekian lama.
Komen peminat dan netizen,
- Mana tatu dia pergi?
- Saya rasa dia guna AI.
- Mungkin dia tutup tatu dia guna alat solek.
- CG ke ni?
- Saya tertanya-tanya sama ada dia telah membuang tatunya untuk selamanya.
Korang lagi suka badan Jay Park yang dulu ke sekarang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.