Ikuti Kami:

“Cepatnya Membesar!” – Netizen Teruja Lihat Penampilan Terkini Pelakon ‘The World Of The Married’ Ini

“Cepatnya Membesar!” – Netizen Teruja Lihat Penampilan Terkini Pelakon ‘The World Of The Married’ Ini

Mesti ramai kan yang pernah tonton drama “The World of the Married” yang ditayangkan pada 2020 dahulu?

Selain pelakon utama Kim Hee-ae, Park Hae-joon dan Han So-hee, pelakon kanak-kanak Jeon Jin-seo turut mendapat perhatian penonton.

Untuk pengetahuan, Jeon Jin-seo menghidupkan watak sebagai Lee Joon-young dalam “The World of the Married”, iaitu anak lelaki kepada Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan Ji Sun-woo (Kim Hee-ae).

Terbaru, penampilan terkini Jeon Jin-seo telah meraih perhatian ramai, dengan imejnya yang lebih matang dan betapa dia telah meningkat dewasa dari drama terakhirnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 전진서 (@jeon.jin.seo)

Menerusi ruangan komen di hantaran yang dimuat naiknya, netizen rata-rata terkejut dan teruja melihat perubahan Jeon Jin-seo yang sudah makin dewasa,

Kenapa awak membesar cepat sangat?!

 

Saya tengok dia dalam ‘The Heirs’ dulu dan sekarang dia dah begitu dewasa. Masa cepat sangat berlalu.

 

Awak dah besar dan kacak sekarang!

 

Nampak macam orang yang berbeza bila dah besar. Handsome sangat!

Sekadar info, Jeon Jin-seo dilahirkan pada 28 Mei 2006, bermakna pelakon itu sudah pun mencecah usia 17 tahun kini.

Bakal pelapis pelakon Korea hebat ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...