Kenapa agaknya Donghae dan Eunhyuk memilih untuk membuka syarikat sendiri?
Terbaru, saluran YouTube ‘Zzanbro’ menampilkan kumpulan unit D&E dari Super Junior sebagai tetamu.
Semasa rancangan tersebut, hos Shin Dong-yup bertanya tentang reaksi ahli lain apabila mereka memilih untuk membuka syarikat sendiri.
Eunhyuk menjawab,
Heechul hyung sangat menyokong. Dia berkata perkara seperti, ‘D&E patut cuba berdikari. Kamu patut keluar dari SM Entertainment dengan cepat. Bila nak keluar? Cepat dan cuba buat sesuatu’.
Dia menambah,
Jadi, kami fikir Heechul hyung akan meninggalkan (SM Entertainment) juga. Dia berjumpa dengan eksekutif syarikat lain, minum bersama mereka, jadi kami sangka dia akan jadi orang pertama yang keluar.
Seloroh mereka, Heechul sebenarnya orang pertama yang memperbaharui kontrak bersama SM Entertainment meskipun sering menggalakkan yang lain untuk keluar.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.