Siap sedia semua untuk drama terbaru dari Lee Jun-ho!
Pada 23 September, media melaporkan bahawa Lee Jun-ho telah dipilih sebagai salah seorang teraju utama untuk drama “Typhoon Company”.
Namun setakat ini, agensinya masih belum memberikan sebarang respon.
Sementara itu, “Typhoon Company” akan menggambarkan perjuangan perniagaan kecil dan sederhana, serta keluarga mereka ketika krisis IMF pada 1997.
Jika benar Lee Jun-ho akan terajui drama ini, dia dijangka akan membawa watak sebagai Kang Tae-poong, seorang CEO yang berjuang untuk melindungi syarikatnya.
Nantikan info lanjut mengenai drama ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.